BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday 11 April 2011

Hindari bersangka buruk

Kali ini saya ingin berkongsi sebuah nasihat dari al-Quran, iaitu ayat 12 surah al-Hujurat. Dlam ayat tersbt Allah SWT berfirman, maksdnya:

                       "Wahai orang-orang yang beriman!
              Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan kerana sesungguhnya sebhagian sangkaan itu adalah dosa
              dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari  kesalahan dan keaiban orang dan janganlah 
              sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain. Adakah seseorang daripada kamu suka
              memakan daging saudaranya yang telah mati? ( Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah
              tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah
              kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima Taubat, lagi Maha Mengasihani."


    Sangkaan itu adalah dosa
         
     Bismilahhirahmanirrahim..pemula bicara...bersgka buruk merupakan satu perbuatan yg sgt dibenci dan berdosa..Ia mencerminkan peribadi seseorang yang berakhlak buruk..kita sebgai manusia ni memg xlari dr wat kesilapan..tapi xlari juga dlm bab2 megintip n dok cri ksalahan org len ja..lagi xjmpa kslahan n kekuragan n kecacatan org 2,selagi tu la manusia ni akn trus cri intip n mncari2.



Buruk sangka dibahagikan kepada 2 jenis.

1- Buruk sangka yang bertujuan baik, seperti untuk menyedar atau memperbaiki seseorang yang dikatakan melakukan kejahatan.

2- Buruk sangka yang bertujuan jahat demi untuk menjatuhkan maruah dan kedudukan seseorang.

Walau apapun tujuannya, buruk sangka tetap memberikan impak yang negatif, jarang ada manusia yang terselamat dari terkena bahana prasangka.

Dengan sebab itulah Islam sangat melarang dari berprasangka.

Buruk sangka boleh terjadi dengan berbagai sebab antaranya:

1 - Godaan dan tipu helah syaitan atau iblis. Buruk sangka adalah jalan terbaik bagi syaitan merangsang manusia untuk bergaduh, mengumpat, melempar tohmahan, membuat pakatan jahat, berpecah belah dan sebagainya.

2 - Kelemahan jiwa. Jiwa yang lemah akan mendorong seseorang mudah terikut dengan pemikiran yang negatif dan buruk terhadap orang lain.

3 - Perasaan sombong dan bongkak. Perasaan ini menyebabkan seseorang itu merasakan dirinya lebih baik daripada orang lain. Ia merasa dengki kalau ada orang lain mendahului dalam mengecapi sesuatu kejayaan atau membuat sesuatu kebaikan atau pun mendengar orang memuji musuhnya dihadapannya.

4 - Keburukan batinnya. Seseorang yang biasa membuat tipu helah dan penipuan akan merasakan orang lain juga sama sepertinya.







0 comments: